BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 23 May 2011

''saya sudah simen hati saya agar tak retak lagi''


Awal perkenalan kita agak payah saya nak goyah hati awak.setiap malam saya wish nyte untuk awak tapi tiada respon.tapi seminggu selepas itu awak buat saya tersenyum sumbing dengan sms yang awak hantar.

 saya ingat lagi malam tu kali pertama kita keluar bersama pergi makan malam di kfc.awak tak makan banyak mungkin masih cover2 lagi.lucu hati saya lihat awak.malam tu saya habiskan seluruh waktu bersama awak dengan melihat wajah awak saja.awak mara saya sebab awak tak suka saya pandang awak dengan pandangan begitu.saya senyumkan saja.sebab muka awak bikin hati saya kembang macam bunga.




hari-hari terus mendatang,kita makin erat,selalu calling2.awak kata saya pandai buat awak senyum.kita makin erat.keluar makan sama2,beli barang dapur sama2.makin hari saya kenal awak,saya mula sayang awak.banyak perkara kita lalui berdua.saya masih ingat petang tu masa awak teman saya mandi swimming pool,saya snap pix awak senyum sorang2,awak cubit saya,.sweet muka awak masa awak geram.pernah satu malam tu kita nangis sama2.sebab kisah2 lampau kita yang lalu.malam itu kali pertama saya peluk awak sebab saya tak bole tgk awak nangis.saya kucup tangan awak.
awak buat saya makin sayang pada awak.sejak malam tu saya sudah buat aku janji pada hati saya yang saya mahu awak awak saja dan saya pagar hati ini untuk awak.


tapi apa yang jadi antara kita tak lama,awak diam menyepi tanpa khabar.berkali2 saya hubungi tapi awak tak layan.saya tak mengalah,sejak awak jauh dari saya,saya hanya tahu tentang awak melalui kawan2 awak.syukur mereka membantu.


saya berhenti dari terus menghubungi awak.mungkin awak perlu ruang.saya hanya contact kwn2 awak saja untuk tahu keadaan awak.setiap malam saya teringat awak.saya rindu awak yang dulu.sungguh!!!


saya dengar awak bahagia sekarang,syukurlah.itu yang saya nak.lihat awak tersenyum sudah cukup buat hati saya terus berdegup.tapi untuk selepas ini saya tidak akan lagi bagi hati saya pada siapa siapa.sebab saya sudah simen hati saya agar tak retak lagi.mungkin mudah bagi orang lain menyata pendapat tentang cinta.bagi saya,kalau sayang semua orang kita boleh sayang,tapi cinta,bukan untuk semua orang.


biarlah ini yang terakhir untuk saya..

0 comments: